Tuesday, December 18, 2018

Jika kau mengerti.

Jika kau mengerti.
Apa yang telah aku lalui selama ini.
Menempuh dunia yang besar ini seorang diri,
Membawa hati yang telah dilukai,
Dengan hati yang telah mati.

Jika kau mengerti.
Mengapa kau kembali setelah 10 tahun,
Menagih cinta yang dulunya kau sia-siakan,
Cinta yang telah lama aku lupakan,
Perasaan yang tidak akan penah wujud kembali.

Jika kau mengerti.
Kau harus sedar yang kau telah lama aku maafkan,
Aku telah buang semua memori manis kita,
Kerana aku melihat kau didepan mata aku,
Tetapi kau bukan milik aku.

Jika kau mengerti.

Jika kau mengerti.

Jika kau mengerti. Apa yang telah aku lalui selama ini. Menempuh dunia yang besar ini seorang diri, Membawa hati yang telah dilukai...