"kalau aku boleh buat orang di sekeliling aku gembira,aku juga akan gembira walaupun aku sebenarnya derita"

aku tulis apa yg aku rsa,apa yg aku alami n apa yg aku rsa berkaitan ngan aku wlpn bnda tu ada kna mngena ngan org lain..

Friday, July 15, 2016

Sahabat yang sukar dicari ganti

Hmmmm. Tak tahu nak luahkan macam mana. 27 tahun aku hidup atas muka bumi ini, aku cepat sangat percayakan orang. Tak salah nak berubah, tp jangan buang orang yang penah hadir dalam hidup anda. Ingat ada sebab mengapa kita mengenali seseorang itu dalam hidup kita. ALLAH tidak akan hadirkan seseorang itu tanpa sebab. Terus terang hati aku terguris bila jadi macam ni. Kalau dia nak berubah, biarkan. Tak apa, hidup mesti diteruskan biar pun keseorangan.


Shuk, hang ingat tak lagi, tahun 2009. Detik hitam dalam hidup hang. Hang kena buang dari U. Berapa ramai yang ada dengan hang untuk bersama hang membantu hang bangun dari detik hitam tu. Boleh dikira dengan jari shuk. Yang ada dengan hang tak kira susah senang, mak bapak hang shuk. lepas tu kalau nak sebut pun dah boleh. Kawan serumah Zul, Paan, Iz, Is, Ej, Khairun, Lia, Insyi, Syida, Feeza, Fayya. Itu saja yang betoi2 ada dengan hang time tu. Depa bagi hang semangat untuk terus bangun shuk. sebab depa kawan yang hang tak boleh cari tepi jalan shuk. depa menghargai hang. Sampai la hang buat keputusan untuk masuk poli. depa masih lagi ada dengan hang.


Shuk, hang ingat tak kat poli, hang jumpa kawan baik hang yang hang kawan sampi lani, Ng Peng Yee. hampa dua saling melengkapi satu sama lain, tolong sesama sendiri, sampai kalau masuk office JTMK sorang2, mesti pensyarah akan ingat hampa bergaduh. lawakkan?.hehe. hampa dari masuk poli berdua ja, susah senang berdua. dan di poli juga hang dapat kawan yang betoi2 ada dengan hang susah senang selain Peng Yee. Aten, Anis, Ada, Ika. tak bermaksud yang lain bukan kawan2 hang, tp 5 orang ini sangat2 memahami hang, teguq hang bila hang buat salah, bagi nasihat.


Pengalaman hang shuk, orang yang hang dah kenal lama pun, tiba2 ja jadi orang lain. lepas ni aku harap hang tabah la shuk. 



Buat kawan2 aku, aku sayang hampa. aku menangis taip post kali nie sebab aku betol2 rindukan hampa semua. Paan, Zul, Iz, Is, Daus, Ej, Khairun, Lia, Insyi, Syida, Feeza, Fayya, Scott, Aten, Anis, Ada, Ika. terima kasih sebab masih lagi anggap aku kawan hampa. aku hargai hampa semua sepenuh hati aku. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian semua.

0 comments: